Kelas Media Sosial – Instagram
6 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada Isnin, 05 Mac 2018 telah diadakan satu Kelas Media Sosial – Instagram yang telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah berlangsung pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan penggunaan laman media sosial Instagram ini. Di awal kelas, mereka diberikan penerangan berkaitan dengan cara untuk mendaftar masuk ke laman Instagram dengan menggunakan nombor telefon ataupun dengan menggunakan akaun gmail.
Apabila telah mendaftar ke laman Instagram, mereka boleh mengemaskini profil diri mereka. Mereka boleh meletakkan gambar di profil mereka dan boleh mengubah profil diri mereka pada bila-bila masa. Mereka juga telah di ingatkan agar tidak membuat perkara-perkara negatif di laman Instagram agar tidak memberikan kesan yang buruk kepada mereka kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: